Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Thursday, January 11, 2018

New attraction of Genting

Celebrating New Year 2018! iouls ni takde la nak berjaga malam semata-mata nak countdown sambil melepak tengok fireworks.. memang la keesokkan harinya tu public holiday tapi kebiasaanya kalau dah hari cuti tu, mesti manjang dekat rumah.. Iouls adalah sejenis yang tak pandai pun nak stay-up sangat ni.. jam kalau dah lebih 12 tengah malam, mata tu akan automatik berat dan bantal pun memanggil-manggil (bajet si Cinderella). Ingat lagi masa zaman study dekat U dulu, tak kira la esok nak exam ke, presentation ke.. bila dah time, memang princess akan beradu dulu lantak la roomate nak pasang alarm kuat, bancuh kopi, masak meggi, bangun buat revision ke.. iouls tak peduli semua tu.. haha.. sebab ni la tak dapat 4 flat kan? dah, cukup-cukup la tu throwback.

Berbalik kepada cerita hari cuti, iouls suka kalau penuhkan waktu terluang dengan jalan-jalan atau makan. Duduk rumah siang hari memang rasa panas sentiasa tu kita lari ke tempat sejuk. Tak jauh pun dari rumah dalam 59 minit dengan kelajuan 120km/jam boleh sampai tempat sejuk ala oversea dekat Genting. Dengar kata Genting ada benda baru...... ni dia Genting Highland Premium Outlet.. lama nak tunggu dia siap.. 

Sekali dah siap ya ampun lawa gila tempat ni, bangunan dia tinggi kalau dari roundabout bawah area Hotel Seri Malaysia tu amik kiri naik bukit or tengok signboard je senang.. banyak arrow dia tunjuk.. jeuh jauh dah nampak bangunan tinggi Genting Highland Premium Outlet ni.. Bagi yang drive naik ke atas ni, parking senang je.. takde la jalan jauh sangat, harga pun tak semahal Pavi dan kebanyakkan yang datang sini semua naik Cable Car je..

Genting highlands premium outlets is an outlet center with a collection of designer and name brand merchandise at savings of 25% to 65% every day including 150 outlet stores and you will find impressive savings at Adidas, Aigner, Coach, Furla, Hugo Boss, Kate Spade New York, Michael Kors, Moschino, Polo Ralph Lauren, Superdry, Tumi and more.

Bukan setakat well know butik je ada dekat sini, Food and Beverages pun banyak yang famous antaranya Absolute Thai, Dome, Starbucks, The Coffen Bean & Leaf, The Chicken Rice Shop, Dubu Yo kpop restoran pun ada dan banyak lagi.. Masa ni ioul makan dekat Food Court je... tu pun best ada Marrybrown..ahaha.. macam makan dekat airport.. pendek kata, nak datang kesini poket kena tebal dulu.. Kalau tak mesti menangis..

Nak masuk Coach ni kena banyak bersabar la memanjang kena berutur.. kalau dah masuk kena betul-betul decide nak beli atau tak.. kang sia-sia je.. sebab kalau dah keluar, nak masuk kena berutur balik kesian la pulak dekat budak kecik ni nanti.. 

Sebab ramai sangat orang beratur, kita masuk la kedai lain dulu.. sambil window shopping.. uish, besar sangat mentos tu Afeef.. stok setahun pun belum tentu habis ni.. haha..  kita beli yang lain ye nak.. chocolate lagi sedap.. Gift department dia semua best-best..

 Ni dekat Fidani Chocolatier tau.. betul-betul macam shopping dekat airport kau.. cuma Godiva je tak sempat masuk maklumlah hari hujan dan gerimis renyai-renyai... macam tak sesuai je nak makan air-cream waktu ni.. takpe, next time pasti datang lagi.. tak pun nanti bisik-bisik dekat kawan suruh organize kursus dekat Genting lagi.. wahaha (gelak setan)

Gerimis je satu hari ni.. jalan pun basah, tak seronok rasanya nak jalan-jalan lama dekat Outlet tu... tu ysng kitorang naik atas Genting.. Genting Highland Premium Outlet ni dekat bawah je.. naik bukit sikit dah sampai.. nak naik atas First World kena mendaki lagi.. tinggi lagi atas tu dalam 5km kot.. Sebab tu ramai naik cable car je.. senang..

berhanti kejap dekat tepi jalan bila dah mula nampak kabus.. excited betul Afeef macam baru bukak peti air.. fuhh.. sejuk dan nyaman je.. jadi jakun sekejap kitorang.. sambil hembus nafas buat asap ala-ala dekat oversea tu... lebih kurang je dekat atas Genting ni...

Pose background berkabus.. pergh.. fefeeling Jepun sangat.. rindunya.. dah dekat setahun tinggal kenangan tu... kena start menabung dari sekarang.. Afeef tak habis-habis cakap nak pergi jepun.. asal naik bas or nampak bas je.. nak pergi Jepun.. dia ingat boleh sampai Jepun ke naik bas tu? haha.. baik panggil Ultraman suruh pickup kitorang dekat rumah bawak pergi Jepun.

Berjimba la dekat atas tu selagi boleh.. haha.. seronok ye, hembus-hembus asap.. cuaca sejuk... dekat Klang haram nak merasa sejuk macam ni... kan best tak payah pasang aircond ke kipas ke.. jimat letrik.. drive tak payah pasang aircond pun takpe.. buka tingkap je.. ok, sebelum kaku kat bawah ni, elok la kita naik cepat-cepat..

Bila dah naik dekat atas.. round area hotel, tampat outdoor game still in progress.. hmmm bila la nak siapkan? rindu nak naik roller coaster.. indoor game yang dulu dekat dalam hotel ni pun dah takde.. banyak digantikan dengan shop-lots and restaurants.. mujuk pokok trademarks ni masih ada..

cuma ada New year decorations sempena Christmas.. comel je.. snow and tree ada dimana-mana.. and front area semua ramai dengan orang..  and wall deco diganti dengan lighting and magic lamp yang macam dalam rumah DS Aliff Syukri tu.. bergerak turun naik atas.. wahh.. amazing..

Depan lobby area dekat dengan laluan keluar ni dipanggil Sky Avenue dulu ada Kenny Rogers area ni.. sekarang no more.. tak sure pulak  dia replace Kenny Rogers tu dekat mana. 

Enjoying Sky Symphony that plays Sky Symphony Theatre of Lights and Sound adalah daya tarikan multimedia yang pertama di Asia pertunjukan visual orkestra luar biasa audio, visual dan gerakan pengaturcaraan grafik serta ilustrasi Hutan, Symphony Bandar dan Dewi.

Ada 1,001 bola winch digantung dari siling empat tingkat tinggi. Bergerak laju kebawah dan keatas seronok tengok lampu bertukar warna..

Screen ni nak tengok movie pun boleh.. cun sangat.. amboi Afeef berjoget lagi.. mama pun layankan je.. dalam First World Hotel ni pun, dah banyak berubah.. tempat makan tu makin banyak pulak.. makin senang nak cari makan dekat sini...

Street Churros pun ada, meh tunjuk sikit.. dekat KL pun ada tapi tak banyak lagi outlet dia.. seronok sejuk-sejuk pekena churros dan air panas dekat sini.. refreshing body... 

Tak dapat makan dengan tenang mama ni.. asyik berebut je dengan Afeef.. dia kata sedap.. next  time kita lepak OU eh makan lagi.. tak pun mama bukak youtube je la.. amik resipi dengan tutorial sekali masak sendiri dekat rumah leh makan banyak-banyak..

Level 4 (atas sekali) A Taste of Malaysia memang la makanan tempatan.. bila tengok betul-betul semua restoran dekat sini adalah Non-Halal.. hampeh betul.. better la korang pergi makan astfood je la.. tak pun tengoklah directory balik.. kot-kot jumpa Kenny Rogers ke.. haha.. tak habis-habis KR

Waktu balik tu dah gelap malam, so Mini Strawberry Farm pun dah tutup.. sempat singgah kedai tepi jalan tu je beli strawberry dip chocholate... lagipun dulu dah pernah pergi kan? Ingat tak entry ni? Kali ni kita pergi strawberry belum berbuah lagi katanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank